Filed under: Uncategorized
Ombak… lautan berombak
mengapa mengubah pasir di pantai
bayu… bertiuplah bayu
mengapa menjadi ribut dan badai
Begitu kita merancangkan
belum pasti hadirnya kebahagiaan
fahamlah apa itu takdir
akan berseri hidup yang ditadbir
Hidup menggadai harta
agar diri berharga
Janganlah kau salah mengeri
kelak kau menggadai diri
Mencari penghormatan
janganlah sampai terkorban
yang mulia pasti kita hormatkan
yang rendah jangan dihinakan
Tenang di air yang tenang
janganlah disangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
janganlah lautan hendak diduga
Itulah pesan orang lama
menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
menjadi panduan hidup berbudi
Filed under: Uncategorized
Semalam, ada pertemuan. Pertemuan yang tenang. Dalam suasana yang tenang. Dalam reaksi yang tenang. Dalam tutur kata yang tenang. Dalam kefahaman yang tenang. Ketenangan itu mengajarku erti bertenang, dalam setiap pertemuan, dalam setiap suasana, dalam setiap tutur kata, dalam setiap kefahaman.
Filed under: Uncategorized
Ungkapan yang terlalu biasa didengari. Selalu kita mendengar ketika seseorang ditimpa musibah, ”sabar…”. Sebenarnya, makna sabar itu terlalu besar. Ketika kita dalam kesusahan apabila melakukan sesuatu yang hasilnya tidak seperti yang diharapkan, kita mesti bersabar. Ketika itu rasa tidak puas hati mungkin menjadi sesuatu yang besar pengaruhnya sehingga hilang pertimbangan yang waras.
Jika sabar ketika berkawan, kita mampu menilai kebaikan dan keburukan persahabatan kita, adakah pengaruh baik yang mendorong kita melakukan sesuatu yang baik atau sebaliknya.
Menjaga amanah, baik saudara atau harta amat menuntut kesabaran. Perawatan yang baik akan menghasilkan buah yang baik.
Andai kita sabar dalam mencari kekayaan, masa yang berlalu akan menyedarkan kita jalan mana yang benar dan jalan mana yang membawa kepada kehancuran bukan sahaja kepada si pencari kekayaan tetapi juga kepada keluarga dan turunannya.
Sabar sememangnya amat payah untuk dihayati, amat sukar untuk dipelajari kecuali kepada orang-orang yang beriman dan sabar dengan ketentuan-Nya.
Filed under: Uncategorized
Percutian…bukanlah! tapi aktiviti bersama sesama rakan. Seronok jugaklah boleh naik bot, lawan lari cari harta…eheh , berakit,…makan mee udang, hujan , ceduk air telaga…
mmmm….best jugak bila teringat kengkawan. bila lagi kita boleh bersama begini. masa yang berlalu itu semakin jauh meninggalkan kita. nie gambar kumpulanku…Ad-Din.
jikalau kita tidak lagi bersama, apalah salahnya jika kita masih bertegur sapa.
Filed under: Uncategorized
Pelbagai cerita terjadi sepanjang hari, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang tidak baik. Kita sendirilah yang menentukan sesuatu itu baik atau tidak, atau bolehkah kita bertanya??? Ego kita tentunya tidak memungkinkan kita bertanya, nanti dikatakan kita tak tahu. Kata pujangga… seseorang itu dilihat dan dinilai bukan daripada jawapan-jawapan yang dia berikan tapi daripada soalan-soalan yang dia tanya. So……. fikir dulu sebelum tanya.
Apabila sesuatu masih menjadi pengalaman orang lain, eloklah kita ambil ia sebagai iktibar, jika masih tidak dijadikan iktibar, tunggulah sehingga ia menjadi pengalaman kita, pada masa itu, anak cucu kita perlu ambil iktibar, kita mungkin sesal, adakah mereka akan ambil iktibar? Jika tidak sejarah akan terus berulang..
Filed under: Uncategorized
Tadi ada majlis konvo anak sulong di sekolah lama. Teringat masa blajar darjah 1 sampai 6 kat skgp. ramai kawan, ramai cikgu….tapi tadi tak nampak sorang pon cikgu yang kukenal. masing-masing dah bawak haluan masing-masing, entah masih ada ke takde, wallahualam.
<br /